7.0 KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor
kadar pengangguran yang semakin meningkat, mengenalpasti kesan kadar
pengangguran yang tinggi kepada masyarakat dan Negara, dan menganalisa
cara-cara untuk mengatasi kadar pengangguran bagi golongan lepasan IPTA/IPTS.
Berdasarkan objektif yang pertama kajian ini dijalankan, dapatlah dirumuskan
bahawa majoriti responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia
Pahang bersetuju dan percaya faktor peningkatan kadar pengangguran disebabkan
“persaingan tinggi antara graduan yang memilih syarikat” dengan peratusan
“sangat setuju” yang tertinggi iaitu 45% dan “setuju” sebanyak 40%.
Manakala
bagi objektif kedua, majoriti responden Universiti Malaysia Pahang bersetuju
dan percaya kesan pengangguran yang tinggi akan “memberi kesan negatif kepada
kesihatan fizikal dan mental kerana tekanan yang dihadapi” dengan skala “sangat
setuju” tertinggi iaitu 42.5% dan “setuju” sebanyak 52.5%. Jadi, responden
sebulat suara memahami kesan buruk pengangguran selepas pengajian akan berlaku
bermula daripada tekanan.
Seterusnya
pada objektif ketiga, pelajar Universiti Malaysia Pahang bersetuju dan percaya
bahawa apabila “kerajaan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor
kakitangan awam” pengangguran dalam golongan lepasan IPT dapat diatasi dengan
memperolehi bilangan skala “sangat
setuju” tertinggi iaitu 37.5% dan “setuju” sebanyak 40%. Responden sedar bahawa
kerajaan adalah antara pihak berwajib yang boleh memperbaiki langkah mengatasi
isu tersebut. Ini menunjukkan bahawa kesemua objektif kajian tersebut adalah
relevan kepada tajuk kajian.
Kesimpulannya,
kajian berkaitan kadar pengangguran lepasan IPT semakin meningkat telah berjaya
mencapai tiga objektif yang disenaraikan iaitu mengenalpasti faktor-faktor
kadar pengangguran yang semakin meningkat, mengenalpasti kesan kadar
pengangguran yang tinggi kepada masyarakat dan negara dan menganalisa cara-cara
untuk mengatasi kadar pengangguran bagi golongan lepasan IPT. Kesedaran
mengenai topik dan pendedahan tentang langkah mengatasi oleh warga UMP dapat
dizahirkan dengan baik.
Comments
Post a Comment