6.0 HASIL DAPATAN DAN ANALISA

 

Bahagian ini menerangkan analisa data berdasarkan tindak balas responden terhadap faktor-faktor, kesan-kesan dan langkah mengatasi kadar pengangguran graduan IPT dalam kalangan mahasiswi dan mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang. Soal selidik ini melibatkan 40 orang mahasiswi dan mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang.





Berdasarkan graf-graf di bawah, sebanyak 40 responden telah dipilih bagi menjawab soal selidik mengenai analisis-analisis yang menyumbang kepada masalah kadar pengangguran yang meningkat bagi graduan lepasan IPT. Mahasiswi dan mahasisiwa di Universiti Malaysia Pahang telah menjawab 10 soalan yang telah disediakan pada bahagian yang perlu dijawab oleh responden. Setiap responden mempunyai perspektif yang berbeza terhadap setiap soalan yang telah diajukan dalam soal selidik tersebut.

Bagi soalan 1 berkenaan faktor yang menyumbang kepada pengangguran iaitu kelulusan graduan yang tidak releven dan bersesuaian dengan permintaan pekerjaan semasa, seramai 4 orang responden bersamaan dengan 10% sangat setuju dan seramai 15 orang responden bersamaan dengan 37.5% setuju dengan kenyataan tersebut menjadi faktor kepada pengangguran. Menjadikan jumlah yang bersetuju adalah sebanyak 19 orang responden. Seterusnya, terdapat 14 orang responden bersmaan 35% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya 6 responden bersamaan 15% tidak setuju dan 1 responden bersamaan 2.5% sangat tidak setuju dengan kentaan tersebut. Jumlah keseluruan yang tidak bersetuju adalah sebanyak 7 orang responden.

Bagi soalan 2 berkenaan faktor yang menyumbang kepada pengangguran iaitu syarikat/pekerjaan hanya menerima pekerja yang mempunyai pengalaman sahaja, seramai 13 orang responden bersamaan dengan 32.5% sangat setuju dan seramai 20 orang responden bersamaan dengan 50% setuju dengan kenyataan tersebut menjadi faktor kepada pengangguran. Menjadikan jumlah responden yang bersetuju sebanyak 33 orang responden. Seterusnya, terdapat 5 orang responden bersamaan 12.5% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya 1 responden bersamaan 2.5% tidak setuju dan 1 responden bersamaan 2.5% sangat tidak setuju dengan kentaan tersebut. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak 2 orang responden.

                         

Bagi soalan 3 berkenaan faktor yang menyumbang kepada pengangguran iaitu, persaingan tinggi antara graduan yang memilih syarikat/pekerjaan yang sama seramai 18 orang responden bersamaan dengan 45% sangat setuju dan seramai 16 orang responden bersamaan dengan 40% setuju dengan kenyataan tersebut menjadi faktor kepada pengangguran. Menjadikan jumlah keseluruhan yang bersetuju adalah sebanyak 34 orang responden. Seterusnya, terdapat 5 orang responden bersamaan 12.5% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya 1 responden bersamaan 2.5% tidak setuju. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak 2 orang responden.


Bagi soalan 4 iaitu sikap graduan yang terlalu memilih profesion pekerjaan, seramai 11 orang responden bersamaan dengan 27.5% sangat setuju dan seramai 21 orang responden bersamaan dengan 52.5% setuju dengan kenyataan tersebut menjadi faktor kepada pengangguran. Menjadikan seramai 32 orang responden yang setuju dengan kenyataan tersebut. Seterusnya, terdapat 6 orang responden bersamaan 15% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya 2 responden bersamaan 5% tidak setuju. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak 2 orang responden.

 

Bagi soalan 5 iaitu pengangguran memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan mental kerana tekanan yang dihadapi, seramai 17 orang responden bersamaan dengan 42.5% sangat setuju dan seramai 18 orang responden bersamaan dengan 45% setuju dengan kenyataan tersebut merupakan kesan kepada pengangguran. Menjadikan seramai 34 orang responden yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Seterusnya, terdapat 4 orang responden bersamaan 10% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya seorang responden bersamaan 2.5% tidak setuju. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak seorang responden.

     

Bagi soalan 6 iaitu kadar pengangguran yang tinggi di kawasan tertentu mendorong kepada kadar pengangguran yang lebih tinggi, seramai 10 orang responden bersamaan dengan 25% sangat setuju dan seramai 24 orang responden bersamaan dengan 60% setuju dengan kenyataan tersebut merupakan kesan kepada pengangguran. Jumlah keseluruhan responden yang bersetuju adalah seramai 34 orang. Seterusnya, terdapat 5 orang responden bersamaan 12.5% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya seorang responden bersamaan 2.5% tidak setuju. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak  seorang responden.

 

Bagi soalan 7 iaitu graduan mengalami kekurangan kuasa membeli menyebabkan mereka tidak dapat menyumbang kepada ekonomi negara, seramai 12 orang responden bersamaan dengan 30% sangat setuju dan seramai 19 orang responden bersamaan dengan 47.5% setuju dengan kenyataan tersebut merupakan kesan kepada pengangguran. Jumlah keseluruhan responden yang bersetuju adalah seramai 31 orang. Seterusnya, terdapat 8 orang responden bersamaan 20% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya seorang responden bersamaan 2.5% tidak setuju. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak  seorang responden.

 

Bagi soalan 8 berkenaan langkah mengatasi iaitu kerajaan seharusnya menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti program skim latihan graduan, seramai 10 orang responden bersamaan dengan 25% sangat setuju dan seramai 21 orang responden bersamaan dengan 52.5% setuju dengan kenyataan tersebut merupakan kesan kepada pengangguran. Jumlah keseluruhan responden yang bersetuju adalah seramai 31 orang. Seterusnya, terdapat 9 orang responden bersamaan 22.5% tidak pasti dengan kenyataan tersebut.

 

Bagi soalan 9 berkenaan langkah mengatasi iaitu kerajaan seharusnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor kakitangan awam, seramai 15 orang responden bersamaan dengan 37.5% sangat setuju dan seramai 16 orang responden bersamaan dengan 40% setuju dengan kenyataan tersebut merupakan kesan kepada pengangguran. Jumlah keseluruhan responden yang bersetuju adalah seramai 31 orang. Seterusnya, terdapat 6 orang responden bersamaan 15% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya 2 responden bersamaan 5% tidak setuju dan 1orang responden  bersamaan 2.5% sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak 3 orang responden.

 

    Bagi soalan 10 berkenaan langkah mengatasi iaitu pihak kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seharusnya membantu lepasan IPT untuk memulakan perniagaan, seramai 12 orang responden bersamaan dengan 30% sangat setuju dan seramai 20 orang responden bersamaan dengan 50% setuju dengan kenyataan tersebut merupakan kesan kepada pengangguran. Jumlah keseluruhan responden yang bersetuju adalah seramai 32 orang. Seterusnya, terdapat 6 orang responden bersamaan 15% tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Selain itu, hanya 2 responden bersamaan 5% sangat tidak setuju. Jumlah keseluruhan yang tidak bersetuju adalah sebanyak 2 orang responden.

Comments

Popular Posts